KESIHATAN KECERIAN KEBAHAGIAAN

RADANG SENDI

Pergerakan tubuh badan manusia sepenuhnya dipengaruhi oleh kehebatan sendi yang luar bias kurniaan Allah SWT.  Kebolehan menulis, memegang gelas, tombol pintu, memandu, mandi, menyiapkan diri, berjalan, makan atau minum dan apa saja rutin harian yang melibatkan sendi sebenarnya sebahagian nikmat yang kurang kita hargai.  Nikmat ini hanya mungkin dirasai setelah kita 'hilang upaya' untuk melakukan kesemua rutin ini dengan sempurna dan selesa.
Radang sendi atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai Arthritis meliputi aspek luas pelbagai penyakit sendi.  Pesakit kronik akan mengalami kesakitan yang serius, hilang pergerakan dan ada kalanya pembengkakan pada sendi tubuh yang terlibat.  Sebahagian besar penghidapnya terdiri daripada kaum wanita. 
RISIKO DAN PUNCA ARTHRITIS (Utusan Malaysia, 13 Julai 2008)
-  Usia - OA setakat ini merupakan bentuk Arthritis yang paling biasa berlaku ketika usia semakin meningkat.  Usia lanjut merupakan risiko bagi Pseudogout.
-  Berat badan - berat melampau mungkin meningkatkan kecenderungan untuk berkembangnya Osteoarthritis.  Tekanan berlebihan terhadap sendi mungkin membawa kepada penuaan rawan.
-  Jantina - Wanita lebih cenderung untuk mengalami banyak jenis arthritis berbanding lelaki, termasuk OA dan RA.  Gout, Sindrom Reiter dan Ankilosing Spondilitis lebih banyak dialami oleh Lelaki.
-  Genetik - bentuk Arthritis tertentu boleh terjadi disebabkan keturunan contohnya Ankilosing Spondilitis.
-  Gaya hidup - contohnya, Gout terjadi apabila asid urik berlebihan mengumpul dalam sendi.  Asid urik berasal dari makanan atau minuman yang kaya dengan purin berlebihan seperti alkohol, organ dalaman dan ikan bilis lebih cenderung untuk mengalami gout.

Disebabkan risiko-risiko inilah, EKSTRA K telah mengambil inisiatif mengeluarkan 1 produk yang dapat MENCEGAH radang sendi....(mencegah lebih baik daripada mengubati)

RADASEN KAPSUL

Picture
Radasen kapsul merupakan produk kesihatan yang diformulasikan daripada 3 jenis herba utama iaitu Habbatus Sawda (Nigella Sativa), Halba (Trigonella Foenum-Graecum Fructus), Asam Jawa (Tamarindus Indica) dan campuran herba-herba lain.  Ia digunakan secra tradisional untuk menghindari, meringankan dan menyembuh sakit sendi. 
RADASEN adalah singkatan dari perkataan Radang (RADA) dan Sendi (SEN) bersesuaian dengan fungsi khususnya untuk meringankan sakit sendi.  Di samping itu, ia juga mempunyai fungsi lain berdasarkan keistimewaan yang ada pada setiap herba yang ada di dalam RADASEN.
KHASIAT-KHASIAT RADASEN:
-  Melegakan radang sendi lutut
-  Melegakan radang sendi kecil iaitu jari, kaki dan pergelangan tangan
-  Mengurangkan kadar kolesterol dalam badan dan mengawal tekanan darah
-  Mengurangkan risiko gout
-  Mengurangkan radang dalam tubuh seperti sendi antara tulang rusuk dan belkang, pinggul, bahu dan tapak kaki
-  Meningkatkan stamina
-  Melancarkan pengaliran darah
-  Mengurangkan Ketagihan merokok
-  Mengeluarkan angin dalam badan
-  Meringankan penyakit lelah
                                                                                                                             HARGA PENGGUNA: (SM) RM 47.00   (SS) RM 51.70

KEISTIMEWAAN HERBA YANG TERKANDUNG DALAM RADASEN KAPSUL

NIGELLA SATIVA/ HABBATUSSAUDA (Jintan Hitam)

Picture
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan 'Habatus Sauda.....merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat'
Ibn Qayyum
dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan habatussauda berupaya menyembuhkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronkitis, masalah perut, cacing, masalah kulit, senggugut, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Berbentuk butiran biji berwarna hitam yang telah digunakan secara meluas oelh masyarakat India, Pakistan dan Timur Tengah untuk mengubati berbagai penyakit.
Antara khasiat dan manfaat habatussauda/ jintan hitam dalam perubatan ialah:
-  Meningkatkan sistem imunisasi tubuh (ketahanan badan terhadap serangan virus, kuman dan bakteria berbahaya)
-  Anti inflamasi - mengubati radang tekak
-  Anti arthritis -  mengubati reumatik
-  Analgesik - mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migraine)
-  Anti septik - mengubati bau mulut
-  Mengubati salur kencing
-  Mengubati mabuk, kejang konstipasi dan hempedu
-  Melancarkan pengaliran darah
-  Meningkatkan fungsi otak
-  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari serangan kanser dan HIV
-  Merawat penyakit berkaitan pernafasan (cepat lelah, batuk, bronkitis dan lain-lain)
-  Mengatasi masalah tidur dan stress
-  Sebagai anti-histamin dan anti alergi

Sabda Nabi SAW yang bermaksud "Sesungguhnya pada Habatus Sauda itu terdapat penawar (penyembuh) bagi semua penyakit kecuali racun (maut)".

TRIGONELLA FOENUM-GRAECUM FRUCTUS (Halba)

Picture
Sejenis bijirin yang boleh didapati di Afrika Utara, India dan beberapa negara Arab.
Ia selalu digunakan sebagai salah satu bahan masakan orang India dan Arab.
Di dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Jika umatku tahu apa yang ada pada halba, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".
Pada suatu hari Rasulullah SAW menziarahi sahabatnya, Saad bin Abu Waqqas yang sedang sakit.  Rasulullah SAW memanggil tabib Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas.  Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Kurma Ajwa.  Dengan izin Allah, Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah SAW kemudian bersabda: "Gunakanlah Halba sebagai ubat".
Antara khasiat halba adalah:
-  Membantu melancarkan pengaliran haid
-  Menyembuhkan sakit perut memulas
-  Meringankan masalah-masalah seperti lemak berlebihan, tumor dalam badan, susah tidur.
-  Menambahkan kandungan susu dalam badan (ibu yang menyusu)
-  Baik untuk merawat semput, ulser perut dan usus
-  Membantu menambah tenaga
-  Memulihkan selera makan
-  Merawat dan memulihkan sistem pembuangan air besar

TAMARINDUS INDICA (Asam Jawa)

Picture
Ia merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari India.  Nama 'Tamarindus' dan 'Tamarind' berasal daripada perkataan Arab tamr Hindi yang membawa maksud kurma India.  Asam Jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu.  BIasanya asam jawa akan dilarutkan dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan.
Antara khasiat-khasiatnya ialah:
-  Merawat demam panas
-  Merawat sakit perut
-  Meringankan penyakit lelah dan merawat batuk/sakit tekak
-  Merawat luka dan bisul
-  Melegakan bengkak disengat lipan dan lebah
-  Merawat alergi

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI
(PREVENTION IS BETTER THAN CURE)

    .RESPON ANDA.