KESIHATAN KECERIAN KEBAHAGIAAN

MIXCOVEA (MISAI KUCING+MAS COTEK+STEVIA)

Picture
MIXCOVEA adalah minuman kesihatan yang dihasilkan daripada herba-herba terpilih iaitu Misai Kucing, Mas Cotek dan Stevia.  Penyediaan minuman ini secara tradisional dapat membantu meringankan penyakit dalam tubuh badan kita. 
Antara khasiat-khasiat Mixcovea adalah seperti berikut:
-  Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
-  Membantu memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang
-  Membantu mengelakkan penyakit batu karang
-  Membantu menyingkirkan asid urik berlebihan dalam badan
-  Membantu mengurangkan penyakit keputihan (bagi perempuan)
-  Membantu meningkatkan tenaga dalam tubuh badan
-  Membantu sistem penghadaman
-  Membantu melancarkan perjalanan darah
-  Membantu masalah tidur
-  Membantu menurunkan berat badan                                                                           HARGA PENGGUNA:  (SM) RM 36.00   (SS) RM 39.60
-  Membantu memulihkan tenaga batin

MISAI KUCING

Picture
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia.  Nama sainsnya Orthosiphon Stamineus, Benth.  Pokok Misai Kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan.

Khasiat-khasiat Misai Kucing ialah:
-  Merawat penyakit kencing manis
-  Memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang
-  Membantu mengelakkan penyakit batu karang
-  Membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan (asid urik-penyebab gout, athritis dan reumatik)
-  Kandungan saponin dan tanin pada daun boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami wanita
-  Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
-  Merawat masalah hati
-  Meransang sistem imunisasi.  Berperanan dalam pembentukan dan memperbaiki tisu
-  Menghalang dan mengurangkan pembentukan penyakit kanser

MAS COTEK

Picture
MAS COTEK

Mas cotek atau dalam bahasa saintifknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional.  Nama mas cotek merupakan nama tempatan yang popular di bahagian Timur Semenanjung Malaysia.  Di Sabah dan Sarawak, juga kepulauan Kalimantan,tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’.  Terdapat juga suku kaum Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’.  Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, api-api telinga dan lain-lain lagi. 
Antara khasiat-khasiat Mas Cotek ialah:
-  Mengeluarkan toksin dalam badan
-  Melancarkan peredaran darah
-  Mengurangkan sakit urat saraf
-  Membuang kolesterol dan lemak
-  Pemulih tenaga batin
-  Membantu mengurangkan masalah tidur, keletihan
-  Merawat buasir
-  Mencantikkan dan melicinkan kulit, awet muda
-  Merawat migraine
-  Merawat senggugut dan sakit puan
-  Mengecutkan pintu rahim

STEVIA

Picture
Apa itu stevia?
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang masih tidak tahu menahu apa itu stevia...Stevia tu apa ek???
Sebenarnya STEVIA telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.  Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun dahulu.  Kebanyakannya, ia digunakan untuk memaniskan teh herba dan makanan mereka.  Mereka juga menggunakan stevia sebagai penawar untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan air kencing dan merawat luka terbakar.  Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside.  Bahan-bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin mengehadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes.   
Stevia bukan sahaja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.  Stevia adalah dari keluarga Chrysanthemum.  Keseluruhan stevia adalah herba asli dan kajian saintifik telah mendapati stevia adalah tidak bertoksid (non toxic).  Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat, ianya sangat sesuai dan selamat untuk mereka yang mempunyai masalah kandungan gula yang tinggi dalam darah.  Pesakit diabetes boleh menggunakan stevia kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.
Antara kebaikan stevia ialah:
-          Pemanis semulajadi
-          Menurunkan kadar gula dalam darah
-          Melawaskan kencing
-          Menurunkan tekanan darah
-          Membunuh bakteria
-          Membunuh kulat
-          Membunuh virus
-          Mengurangkan keradangan
-          Membantu menurunkan berat badan

MANIS TANPA GULA
KESEGARAN YANG MENYIHATKAN..

    .RESPON ANDA.