KESIHATAN KECERIAN KEBAHAGIAAN
Picture

1001 KHASIAT "XTRA K HONEY APPLE"
HONEY APPLE merupakan minuman kesihatan berasaskan madu lebah asli dan cuka epal (apple cider) dengan nisbah 70% : 30% menjadikannya satu minuman yang dapat menyihatkan tubuh badan.
ANTARA KHASIAT-KHASIAT HONEY APPLE MEMBANTU :

1.      Meningkatkan kadar metabolisma, membakar kalori dengan berkesan, memecahkan lemak-lemak terkumpul dan mengeluarkan dari badan sekaligus menurunkan berat badan.
2.      Meningkatkan stamina dan merupakan sumber tenaga yang baik.
3.      Meningkatkan tahap sistem imunisasi dalam badan manusia.
4.      Mencantik dan melicinkan kulit serta menjaga kesihatan kulit.
5.      Mengimbangi kadar kolesterol dan gula dalam darah.
6.      Mengurangkan nafas berbau (Halitosis)
7.      Merawat batuk dan mencairkan kahak.
8.      Merangsang minda dan otak manusia (terutamanya kanak-kanak dan remaja yang sedang dalam proses pembelajaran dan pengajaran)
9.      Digunakan sebagai penambah perisa makanan (pengganti cuka biasa dalam masakan harian)
                                                                        HARGA PENGGUNA:  (SM) RM 36.00   (SS) RM 39.60                                                    
Insyaallah, dengan penggunaan yang berterusan anda akan mendapat kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.... 
 OK..dh cakap pasal khasiat HONEY APPLE secara menyeluruh..sekarang ni kita cakap pasal MADU dan EPAL secara berasingan pulak..

                                                            

MADU

Picture
ermmmm...kalau nk tulis pasal madu ni memang xcukup 10 pages.  Detail yang kami ada pn sangat2 detail..=). So, first sekali saya nk cakap pasal apa yang Allah firman dalam Al-Quran Madu Lebah~~~ubat yang turun bersama wahyu: Surah Al-Nahl:68 dan 69 (maksudnya
"Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. ...kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam)  buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).  Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.  Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

“Sesungguhnya khasiat madu untuk menyembuhkan penyakit manusia adalah satu kenyataan yang sudah jelas, terbukti dan tidak dapat diragui lagi. Dan ayat-ayat Al-Quran jelas menyatakan yang demikian, begitu juga Hadis Rasulullah S.A.W.”

Zat yang terkandung dalam Madu

Picture
Kandungan Madu:

a) Vitamin A: penting untuk mata, kesihatan kulit, memperbaharui sel-sel tubuh dan melembapkan kulit.


b) Vitamin D: membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus untuk tulang dan gigi yang sihat.


c) Vitamin E: penting dalam membentuk sel-sel peranakan dan menjaga kekuatannya. Ia juga memelihara anak dan kekuatan rahim ketika mengandung.


d) Vitamin K: membantu membentuk zat prothrombin (zat untuk membekukan darah), mengubati batuk, darah tinggi dan bengkak limpa.


e) Vitamin B1: memelihara kesihatan urat saraf, melancar sistem penghadaman dan menjaga selera makan seseorang.


f) Vitamin B2: menyampaikan hidrogen untuk membersihkan sel-sel, mengekalkan kesihatan kulit dan rambut.


g) Vitamin B3: penting untuk menyediakan zat istlecholin, membersihkan tubuh dari racun/ bahan kimia dan menambah kekuatan selaput lendir. Ia juga dapat memelihara kesihatan rambut dan melancarkan proses penghadaman.


h) Vitamin B5: mencegah penyakit Pellagra (kulit kering bersisik)


i)  Vitamin B6: penting dalam proses pencernaan zat-zat protein, melembabkan bibir.


j) Vitamin H: penting dalam memproses makanan dan memelihara kesihatan kulit.


k) Vitamin C: meningkatkan sistem imunisasi badan, menyerap zat besi, memelihara kesihatan kulit.

Info-info madu yang sempat di"curi" dari sumber bacaan...=)

Picture
MADU MELAWAN BAKTERIA DALAM TUBUH (RAPI-SEPTEMBER 2004): Madu diyakini mampu melawan bakteria yang berkembang dalam tubuh.  Di dalam setitis madu terdapat antiseptic, glukosa steril, ‘hydrogen peroxide’ dan banyak lagi.  Zat-zat yang terkandung dalam madu mampu melawan dan membersihkan bakteria pada bahagian tubuh yang sedang sakit.  Madu juga dikatakan mampu menghambat bakteria yang menyebabkan terjadinya plak gigi. (Pengkaji dari Universiti of Waikato, New Zealand)

GULA BUATKAN ANDA CEPAT TUA (RAPI-DISEMBER 2009): Kalau anda hendak memperlahankan proes penuaan secara semulajadi, jauhilah gula pasir sama sekali.  Adalah dipercayai, gula pasir mampu membuatkan anda cepat tua.  Sebagai gantinya, anda boleh mengambil madu atau buah-buahan.

JANGAN PANDANG REMEH MASALAH BATUK (RAPI-APRIL 2010): Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk kering dan kerap.

Picture
MADU DI TANGAN KANANMU~~

...kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam)  buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).  Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.  Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” [Surah An-Nahl, ayat : 69]

Malam tadi saya selesema dan batuk yang agak kuat.  Tiba-tiba.  Kerana pada siang harinya saya biasa-biasa sahaja.  Mungkin juga kerana terlalu banyak minum milo ais yang ita buat ketika baru pulang dari kerja.

Mungkin juga batuk dan selsema yang dihidapi itu ‘dihantar’ oleh seorang jejaka yang jauh di mata kerana dia mengalami selsema dan demam yang agak serius.  Seperti yang saya beritahu pada jejaka tersebut, saya jarang mengambil ubat-ubatan moden semata-mata mahu meredakan demam atau selsema.

Pesan ibu dan ayah- simpanlah madu asli di rumah.  Abah juga seperti saya – tidak suka bergantung kepada ubat hospital.  Makanya, abah mengamalkan meminum sesudu madu setiap hari dan apabila demam atau batuk, madu juga yang dicari.

Sebenarnya, semasa saya menasihati jejaka itu supaya minum madu untuk melegakan selsema dan panas badan, saya juga tidak pernah mencuba lagi petua kesihatan itu.  Malah madu yang manis itu, hanya menjadi perhiasan di rumah.

Malam tadi, sebelum tidur, tekak dan hidung terasa pedih.  Saya minum sesudu madu asli dan sesudu air suam.  Dan pagi ini, sebelum menyeretika baju, sesudu madu menjadi juadah pagi saya.  Alhamdulillah, sepanjang hari ini, tekak dan hidung saya dalam keadaan selesa.

Percayalah, madu mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat.  Keberkesanannya bergantung kepada sama ada madu tersebut asli atau tiruan.

EPAL

Picture
Jom kita sembang pasal epal pulak...bukan epal merah. EPAL HIJAU yang masam tu..kt sini saya ada satu cerita yg saya jumpa dalam internet...
Airin seorang kawan lama yang comel.  Suatu hari kami berbual santai di Tasik Varsiti yang sememangnya agak indah. 

“Doktor sarankan aku makan epal setiap hari”,katanya sambil menikmati epal hijau itu dengan berselera.

“Kenapa?”Tanya saya sekadar mahu memanjangkan perbualan.

“Sebab gigi aku tak kukuh”,sambungnya lagi

“Jadi?”, sengaja saya buat tak faham

“Sebiji epal menyumbang 1/3 keperluan vitamin C untuk sehari.  Mengunyah epal adalah satu cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi.  Sungguhpun epal mengandungi gula asli, namun pengeluaran air liur yang banyak menolong mengelakkan kerosakan gigi” jelasnya panjang lebar.

“Tapi aku bimbang”, sambungnya lagi

“Bimbang?” Tanya saya sambil mengerutkan dahi.

“Kau kan tahu tahu pepatah inggeris ada mengatakan ‘Sebiji epal sehari menjauhkan doctor dari sisi anda..’katanya sambil berhenti mengunyah epal hijau itu.

“Kan bagus kau jaga gigi dengan makan epal tu puas-puas.  Apa masalahnya?”,Tanya saya yang kali ini memang benar-benar tidak faham.

“Suami aku kan doctor gigi.  Mana mungkin aku boleh sisihkan dia dengan makan epal ini.” Jawabnya jujur sambil mencampakkan sisa epal yang masih berbaki banya ke dalam tong sampah.

*Tuhan lagi marah kau membazirkan epal tu dalam tong sampah.

Zat yang terkandung dalam Epal

Picture
1.  Karbohidrat: Penyumbang tenaga
2.  Vitamin C: Meningkatkan daya tahan tubuh dan sebagai anti oksidan yang melindungi tubuh dari serangan radikal bebas akibat pencemaran, membantu menyembuhkan luka, penyerapan zat besi dan kalsium dan menjaga kesihatan kulit.
3.  Ferum: Membina otot dan tubuh yang sihat
4.  Kalium dan Fosforus: Meningkatkan fungsi otot dan pembentukan tulang dan gigi
5.  Kalsium dan Magnesium: Diperlukan untuk penghantaran gerak balas saraf dan perhubungan otot.  Ia juga diperlukan untuk mencegah penyakit Osteoporosis dan mengawal tekanan darah
6.  Zink: Menggalakkan tumbesaran kanak-kanak
7.  Tanin: Membersih dan menyegarkan mulut dan seterusnya mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi
8.  Baron: Mengekalkan jumlah Estrogen dalam tubuh wanita
9.  Protein: Membina semula sel-sel yang rosak, membentuk enzim-enzim hormon dan bertindak sebagai sumber tenaga
10. Thiamine (Vitamin B1): Mencegah penyakit beri-beri, menukarkan zat dalam makanan kepada sumber tenaga dan mengekalkan kesihatan saraf.
11. Riboflavin (Vitamin B2): Menukarkan zat dalam makanan kepada sumber tenaga dan mengekalkan kesihatan kulit dan rambut.
12. Niacin (Vitamin B3): Mencegah penyakit Pellagra (kulit kasar bersisik), mengekalkan  kesihatan isistem saraf dan rambut
13. Asid Phantetonic (Vitamin B5): Membantu pelepasan tenaga dari makanan dan mengekalkan kesihatan rambut
14. Pyridoxine (Vitamin B6): Melembabkan bibir, membantu pembetukan sel darah merah dan mengekalkan kesihatan sistem saraf
15. Asid Folik (Vitamin B9): Mengurangkan stress/tekanan dan mengatur selera makan.

Picture
EPAL-MANIS DAN BERKHASIAT (RAPI-MAC 2004): Memakan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.  Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan “phytonutrient” yang boleh melambatkan pengoksida kolesterol yang tidak baik.  Ia adalah satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.  Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

TIPS KURANGKAN ASMA DAN SESAK NAFAS (RAPI-JULAI 2009): Mereka yang mengidap asma boleh mengamalkan makan 2 biji epal setiap minggu.  Ia dapat mengurangkan 22%-32% penyakit asma.  Selain itu, epal juga dapat membantu mengurangkan sesak nafas (Peneliti dari London King’s College).

Makan banyak-banyak buah epal untuk melembabkan kulit dan mengurangkan kedutan di wajah.

EPAL MUJARAB KEKANG BARAH (HARIAN METRO-28 DISEMBER 2009): Kajian sedekad di Amerika Syarikat beri keputusan positif.  Epal, buah kedua paling diminati warga Amerika Syarikat selepas pisang, bakal dimanfaatkan untuk rawatan barah dalam jangka panjang.  Ini terbukti menerusi kajian hamper sedekad oleh saintis makanan di Universiti Cornell, New York, Dr Rui Hai Liu dengan kerjasama Institut Penyelidikan Barah Amerika Syarikat bagi mengenalpasti cara buah itu bertindak untuk kebaikan kesihatan penggemarnya.   Kata Dr Rui, didapati epal lebih kaya dengan bahan felonik dan ciri antipembiakan sel barah yang mujarab. 

jangan takut makan CUKA...

Picture
CUKA EPAL mengandungi zat yang sama seperti buah epal seperti ‘pectin’ (serat yang larut yang mengikat kolesterol dan menariknya keluar dari tubuh).[RAPI, 1 OKTOBER 2009]

Fakta ni saya ambik dari MINGGUAN WANITA OKTOBER 2002—ia berkenaan cuka dimana kita pun tahu ia bukan sekadar untuk masakan. Di Perancis semasa abad ke-16, cuka dibuat daripada anggur untuk kegunaan rumah dan untuk di eksport.  Di England, cuka dibuat daripada bijirin dengan menggunakan bir masam.  Di Amerika Syarikat selalunya cuka banyak dibuat dari jus epal.  Cuka boleh digunakan dalam pelbagai cara.  Namun begitu ramai yang beranggapan mereka hanya boleh menggunakan cuka di dapur.  Sebenarnya banyak kegunaan cuka.  Antaranya sebagai perasa makanan, pelembut daging, pengawet makanan, dan juga sebagai bahan pencuci.  Selalunya cuka dihasilkan berbeza mengikur benua.  Cuka bijian dan jus epal selalunya di Amerika Syarikat sementara di Amerika Latin, cuka disuling daripada tebu.  Di Jepun dan Negara-negara Asia lain, cuka dibuat daripada beras sementara orang Eropah menggunakan wain untuk membuat cuka.  Warna setiap cuka berbeza mengikut bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.  The American Vinegar Institute  telah menjalankan kajian di mana cuka adalah produk yang tidak mudah rosak disebabkan bahan asid di dalamnya.  Cuka boleh bertindak dalam pelbagai cara:

a)      Penghilang keletihan.  Cuka diperkayakan dengan asid-asid organic dan membantu dalam metabolisme gula.  Ia menguraikan asid laktik dan ais keto yang menyebabkan keletihan.

b)      Penyelaras paras PH dalam darah, mengekalkan keseimbangan relatif dalam tubuh badan manusia-cuka mengandungi makanan alkali-berguna dalam peneutralan asid yang disebabkan oleh pemakanan ikan,daging, beras yang telah diproses dan roti yang diperbuat daripada tepung yang tidak diasingkan dengan bijirinnya.

c)       Membantu pencernaan dan penyerapan zat- kandungan aktif dan asid amino dalam cuka boleh merangsang system saraf pusat pada serebrum menyebabkan penghasilan lebih banyak jus pencernaan.

d)      Mengelakkan penuaan-Cuka dapat mengawal dan merendahkan penghasilan lemak teroksida yang  menjadi factor penuaan.  Ia juga mengurangkan bintik-bintik muka yang disebabkan oleh penuaan.

e)      Meningkatkan kesan antiseptik sistem pencernaan-cuka mempunyai kesan antiseptic yang kuat.

f)       Meningkatkan fungsi hati- cuka diperkaya dengan asid amino, asid asetik, asid laktik, asid succinic dan zat-zat lain yang dapat meningkatkan fungsi hati, meneutralkan toksin dan meningkatkan kadar metabolisme.  Oleh demikian, ia merendahkan penyakit hepatitis.

g)      Melonggarkan saluran darah-suka menurunkan tekanan darah dan mengelakkan penyakit kardiovaskular.  Ia juga merendahkan paras gula dalam darah dan mengelak penyakit kencing manis.

h)      Meningkatkan fungsi buah pinggang-Selain dapat mengelak sembelit, ia juga boleh merawat pembentukan batu karang.

i)        Mengelak kegemukan-Cuka dapat menukarkan lemak dalam badan kepada tenaga.  Ia juga meningkatkan kadar metabolisme dalam gula dan protein.

j)       Kecantikan dan penjagaan kulit-Kandungan asid asetik, asid laktik,asid amino, gliserol yang bersifat sederhana dan merangsang kulit manusia.  Ia melonggarkan saluran darah, meningkatkan peredaran darah ke kulit dan membasmi miro organisme pada kulit dan menjadikannya lebih licin.

 

    .RESPON ANDA.